Manfaat/ Perlindungan bagi mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman
Ringkasan Manfaat dan Ciri-ciri Perlindungan Pemilik Rumah
Ciri-ciri
Penerangan
Perlindungan
Untuk mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman disebabkan bencana-bencana berikut:
Kebakaran, kilat,halilintar dan kebakaran bawah tanah.
Letupan
Kejatuhan pesawat udara dan peralatan dan barangan yang jatuh darinya
Pelanggaran oleh kenderaan luar (termasuk pagar rumah dan pintu pagar)
Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
RM50.00 yang pertama
Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot
Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri
Pecah rumah atau pencerobohan atau percubaan berbuat demikian
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap.
Gempa bumi dan letupan gunung berapi.
Banjir
Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaik pulih, terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.
Tanggungan Awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di kawasan rumah.
Nota:
Perkara 7, 8 dan 9 tertakluk kepada pengecualian atas jumlah kerugian/ kerosakan RM200.00 yang pertama.
Pengecualian
Peserta tidak boleh menuntut gantirugi kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman disebabkan bencana-bencana berikut:
Peperangan, pemberontakan, rusuhan dan yang seumpamanya.
Arahan pengambilan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan.
Kebocoran peralatan nuklear atau proses yang berkaitan denagnnya atau bahan sisa nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan dalam pembinaan semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan luar rumah seperti bidai dan sengkuap.
Pemendapan tanah dan tanah runtuh.
Ciri-Ciri Keistimewaan
Perlindungan ini berjangka panjang mengikut tempoh pinjaman dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Namun begitu peminjam dinasihatkan mengemaskini nilai harta (Anggaran Binaan Semula) sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali.
Nota: Polisi Pemilik Rumah adalah diunderait oleh Etiqa Insurance Berhad (9557-T)