Meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD). Jumlah diinsuranskan yang dikurangkan adalah boleh dibayar apabila berlaku kejadian meninggal dunia atau TPD.
Mod Premium
Premium Tunggal. Pembayaran premium adalah mudah dan sekali gus. Pelan tidak akan lupus.
Umur Tamat Tempoh Maksimum
Kematian
TPD
65 tahun
60 tahun
Tempoh Konstruksi
2 tahun. Semasa tempoh konstruksi, amaun perlindungan anda akan berada pada tahap jumlah awal yang diinsuranskan.
Nilai Serah Tunai
Jika pinjaman dilunaskan secara awal, peminjam yang diinsuranskan boleh memilih untuk meneruskan perlindungan atau untuk menyerahkan polisi bagi nilai tunainya.
Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
MRTA melindungi anda 24 jam sehari di mana jua di dunia.
Tuntutan dari Polisi Insurans Lain
MRTA membayar sebagai tambahan kepada mana-mana pembayaran insurans lain, yang mana peminjam yang diinsuranskan mungkin layak menerimanya.
* Ditaja jamin oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad